Mohd. Akmal ketika dihubungi Kosmo! berkata, Puspa perlu menjalani pembedahan dalam kadar segera dengan kos yang dianggarkan oleh pihak hospital sekitar RM35,000.

“Buat masa ini, Puspa masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Selasa depan.

“Justeru, saya memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan yang dianggarkan mencecah sehingga RM35,000,” katanya.

Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7049493386 atas nama Mohd. Akmal. - K! ONLINE