Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, anak gajah berusia dua tahun seberat kira-kira 200 kilogram itu dilihat berkeliaran atas jalan raya sebelum menghampiri sebuah dewan orang ramai, Balai Polis Lintang dan Sekolah Kebangsaan Lintang. 

Video mengenai anak gajah berkeliaran tersebut yang dirakam orang ramai tersebar di media sosial sejak pagi tadi. 

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, pihaknya segera bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut dari anggota polis di Balai Polis Lintang. 

"Seramai lapan kakitangan Unit Tangkapan Gajah Perak dan Perhilitan Sungai Siput membuat berjaya menangkap gajah tersebut pada pukul 10 pagi di sebuah ladang kira-kira satu kilometer selepas menembak ubat pelali.

"Gajah tersebut kemudian dibawa ke pejabat Perhilitan Sungai Siput untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. - K ONLINE