Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa pada kedalaman 59 kilometer dan berpusat 227 kilometer dari bandar Teluk Betung dan wilayah Banten di pulau Jawa.

Agensi mitigasi bencana Indonesia memaklumkan menerusi Twitter bahawa, penduduk di sekitar pantai Banten perlu menjauhi pantai dan tepian sungai.

Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan berlaku, tetapi gegaran boleh dirasai hingga ke Jakarta dan menyebabkan orang ramai lari keluar dari pejabat mereka. - Agensi