Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan itu mungkin menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 3.5 meter.

Keadaan sama turut diramalkan berlaku di perairan Selat Melaka utara dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil, kata kenyataan itu. - Bernama