Menurut MetMalaysia, kawasan perairan Phuket, Selat Melaka selatan, Condore, Reef North dan Labuan turut mengalami cuaca yang sama sehingga 6 pagi Sabtu. 

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. 
Ini berbahaya kepada bot-bot kecil, tambah MetMalaysia. - Bernama