Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, di Terengganu, ia melibatkan daerah Kemaman; Pahang (daerah Kuantan, Pekan dan Rompin);  Sabah (Bahagian Pedalaman - daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (daerah Beluran).

Keadaan sama turut melibatkan bahagian Limbang, Sarawak.

Jabatan itu turut berkata hujan lebat berserta angin kencang untuk tempoh masa sama dijangka berlaku  di Kelantan; Terengganu (daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun); Pahang (daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera); Sabah (daerah Kinabatangan dan Sandakan) dan Miri di Sarawak. - Bernama