Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu turut melibatkan kawasan perairan Samui, Phuket dan Sulu bagi tempoh yang sama. - Bernama