Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut turut dikeluarkan untuk tempoh yang sama.

"Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Condore, tengah Reef North, Layang-Layang, tengah Palawan, Tioman dan barat laut Bunguran," kata jabatan itu dalam kenyataan pagi ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur bermula Sabtu hingga Rabu. - K! ONLINE