MET Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi serta sukan laut.

Agensi itu juga mengeluarkan amaran kategori kedua bagi aktiviti perkapalan ekoran angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5m di kawasan perairan Phuket dan Samui, dalam tempoh yang sama.

Keadaan angin kencang serta laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuklah menangkap  ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama