Setiausaha Persatuan Alumni UiTM, Shukri Ishak berkata, desakan Hindraf itu dilihat sebagai cubaan menghasut dan sekiranya tiada tindakan agresif dibuat pihak berkuasa dibimbangi akan memberi mesej yang salah kepada orang Melayu sekali gus boleh membawa kepada pertelingkahan kaum.

"Kepada Hindraf atau mana-mana pihak, saya ingatkan jangan cuba bermain dengan api hanya kerana berubahnya tampuk kepimpinan negara. UiTM ini hanya untuk bumiputera.

"Justeru kami meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil segala langkah perlu agar kegelisahan orang-orang Melayu pasca pilihan raya umum ini dapat diredakan," katanya.

 Beliau ditemui selepas mengetuai rombongan kesemua NGO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini. - K! ONLINE