Setakat pukul 5.30 petang, trafik dilaporkan sesak dari Sungai Perak ke Jelapang, Ipoh menuju ke Gopeng dan Gua Tempurung ke Sungkai, menurut Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn. Bhd. (PLUS).

"Turut sesak di Bidor menuju ke Tapah akibat kemalangan melibatkan kereta di Km328.2 yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun keadaan masih terkawal.

"Bagi arah selatan pula, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Simpang Ampat ke Hentian Pedas Linggi,  Nilai ke Southville City serta selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar".

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan ke arah pusat bandar menyebabkan aliran trafik sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terutama selepas keluar Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi dan dari Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Bernama