Setakat pukul 5 petang ini, jurucakap PLUS Malaysia Bhd. berkata, aliran trafik di utara perlahan dari Seberang Jaya ke arah Perai, Changkat Jering ke Kuala Kangsar sehingga ke Terowong Menora dan Jelapang.

"Kenderaan juga bergerak perlahan dari Ipoh menuju ke arah Hentian Sebelah Simpang Pulai, Bidor ke Slim River dan Persimpangan Nilai Utara ke Southville City.

"Di selatan, trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Port Dickson dan Bukit Gambir ke Tangkak akibat kemalangan di Km170.2 arah utara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Persimpangan Karak menuju ke Bukit Tinggi melalui Plaza Tol Bentong dan dari Persimpangan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara.

"Aliran trafik di laluan lain Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah setakat ini.

"Bagaimanapun, kita menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan dan kesesakan di beberapa lebuh raya pada malam ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama