Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi, aliran trafik bergerak perlahan dari Gopeng ke Slim River,  kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak ke Terowong Menora dan Sungai Buaya ke Rawang.

"Trafik juga perlahan dari Gopeng ke Slim River dan Kuala Kangsar menuju Changkat Jering," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilapor perlahan dari kawasan R&R Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak serta Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Setakat ini, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 dilapor lancar di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama