Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

"Bagaimanapun trafik perlahan di Kilometer(KM) 354.9 dari Slim River menuju ke Sungkai susulan kemalangan melibatkan sebuah bas yang mengakibatkan lorong kiri terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama