Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik arah Utara dilaporkan perlahan dari Pendang ke Gurun, Bukit Tambun ke Juru, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, dan Changkat Jering ke hentian Sungai Perak.

"Bagi arah Selatan pula, trafik perlahan dari Simpang Ampat ke Seremban, Tangkak ke Ayer Keroh, Simpang Renggam ke Sedenak, Kulai ke Senai dan di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 susur masuk ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Aliran trafik di LPT 1 di kedua-dua arah juga mencatatkan peningkatan trafik," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama