Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik perlahan dari Slim River menuju ke arah Sungkai, Bidor ke Gopeng dan Simpang Ampat ke Sungai Dua.

"Kenderaan turut bergerak perlahan dari Skudai ke Kulai di Johor arah utara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik meningkat dan agak sibuk di Plaza Tol Gombak ke arah pantai timur.

"Aliran trafik dari Genting Sempah menuju ke Kuantan turut sibuk berikutan pertambahan kenderaan ketika ini," katanya.

Beliau berkata, aliran trafik di kawasan lain di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama