Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

"Kenderaan hanya bergerak perlahan dari Simpang Pulai ke Gopeng, Tapah ke Slim River dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.   

Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenderaan hanya  bergerak perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi dan Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara.

Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah pula juga dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama