Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik tinggi itu berlaku di lebuh raya menuju ke utara dan selatan.

“Trafik bergerak perlahan dari arah Alor Setar Selatan ke Alor Setar Utara berikutan kerja-kerja pengalihan kemalangan melibatkan sebuah lori terbalik di kilometer 48.7 arah utara.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menjejaskan lalu lintas dan keadaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama