Mengikut kertas pertuduhan, Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 28, didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM909) dan 1 juta rupiah (RM296) daripada mangsa pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Kejadian berlaku di sebuah bilik di Studio M Hotel antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Pelantun Sayang Sayang itu turut berdepan tuduhan mencuri sepeket rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47) daripada seorang mangsa di sebuah kafe Starbucks di Plaza Singapura dalam kejadian sekitar pukul 4.45 pagi, pada 6 Ogos tahun lalu.

Aliff bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$5,000 (RM15,000).

Mahkamah menetapkan perbicaraan disambung pada 1 Oktober ini.