Beliau yang digantikan oleh Datuk Seri Dr Ismail Bakar, kelihatan ceria ketika bersalaman dengan ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua perkhidmatan dan warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di sini.

Ali yang mengimbas kad perakam waktu buat kali terakhir di pejabatnya pada pukul 5.15 petang tadi turut bergurau senda dengan beberapa  pegawai yang dianggap sebagai anak muridnya.

Terdahulu, Ali mempengerusikan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan yang merupakan mesyuarat terakhirnya sebagai KSN.

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan nota serah terima tugas kepada Ismail yang disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - Bernama