Menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya, Azmin mengucapkan rasa syukur namun tidak menyatakan apakah sebabnya.

“Alhamdulillah, syukur,” tulis ciapannya di laman Twitter hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekalipun tulen, namun hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif.

"Ia tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan," jelasnya dalam kenyataan itu.

"Mereka (Cybersecurity) kata tulen tetapi tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

Beliau menambah, hasil siasatan pihak polis mendedahkan wujud pakatan jahat didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu. - K! ONLINE