Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar berusia 48 tahun itu, antara ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang melaungkan perkataan hidup Melayu dan bahasa Melayu berulang kali.

Tindakan tersebut dipercayai disebabkan permintaan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mahukan perbicaraan ke atas Najib dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Sorakan kuat yang bergema di lobi mahkamah menyebabkan sidang akhbar Tommy terganggu dan terpaksa dipindahkan ke luar Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

Bagaimanapun, Ellie hanya diberi amaran dan tidak ditahan polis. - K! ONLINE