Aizat berkata adalah tidak adil kecaman serta kritikan negatif diberikan kepada mereka khususnya oleh para netizen.

"Bagi saya mereka ini mempunyai bakat yang 'fresh' serta keistimewaan tersendiri dan perlu diberi pertimbangan oleh semua pihak untuk menerima kehadiran mereka dalam industri muzik.

"Jangan letakkan harapan terlalu tinggi kerana  golongan ini memerlukan masa dan ruang untuk belajar menjadi pelapis yang boleh dibanggakan kelak," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini hari ini

Antara barisan penyanyi baharu yang dilabel 'Budak Baru Nak Up' termasuk Haqiem Rusli, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Aiman Tino memerlukan sokongan moral untuk mencipta nama dalam persada muzik tempatan dan bukannya memberi kecaman yang boleh menjejaskan reputasi mereka, katanya . - Bernama