Bagaimanapun, Aishah berharap agar hadiah gantian tersebut mempunyai nilai yang setimpal dengan harga rantai yang didakwa bernilai RM80,000 itu.

“Kalau boleh, gantikan dengan wang tunai atau emas 999 yang setimpal dengan nilai awal rantai berkenaan.

“Saya bukan tidak mahu menerima bitcoin seperti yang dicadangkan oleh Datuk Vida. Cuma saya tidak percaya dan kurang faham dengan sistem dagangan seperti ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya mendakwa rantai pemberian Vida atas kemenangannya pada GV4 tidak mempunyai nilai kerana diperbuat daripada kubik zirconia dan batu sintetik.

Vida kemudiannya membalas kenyataan berkenaan dengan menawarkan Lavinda Coin, jenama mata wang kripto alam maya sebagai ganti. - K! ONLINE