Semua 397 penumpang dan anak kapal selamat dilaporkan selamat.

 

AirAsia X dalam kenyataan hari ini, mengesahkan Penerbangan D7 523 yang berlepas dari Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun, ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa dilencongkan ke Okinawa, Jepun, kerana masalah teknikal.

"Pesawat selamat mendarat di Okinawa pada 2.59 pagi waktu tempatan (3.59 pagi waktu Malaysia) dan 369 penumpang serta 10 anak kapal selamat," katanya.

Menurut kenyataan, pesawat D7 689 akan dihantar dari Kuala Lumpur untuk membawa penumpang yang terbabit pulang ke Kuala Lumpur. - Bernama