Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, ia berikutan pihak Jabatan Meteorologi turut melaporkan ramalan hujan lebat di seluruh negeri itu bermula pertengahan Disember depan.

"Hujan lebat (musim tengkujuh) dijangka berlaku sehingga awal Januari. Paling membimbangkan ialah bacaan taburan hujan dalam tempoh setahun akan turun dalam tempoh singkat selama beberapa hari ketika air pasang besar itu berlaku," ujar Muhammad Safian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini tengah hari tadi. - K! ONLINE