Melalui laman sosial Instagram ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, berkata, mereka mungkin berada lebih lama di sana bagi menjaga Ainul.

"Kewangan kami Alhamdulillah, Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki kepada kami," tulisnya.

Difahamkan, Ainul terpaksa ditahan di hospital di United Kingdom selepas terkena jangkitan secara tiba-tiba.

"Insha-Allah kami akan pulang nanti apabila tiba masanya, teruskan kirim doa pada Ainul di setiap doa anda semua," tulis Nur Erwani lagi.

Ainul menjalani rawatan membuang kanser seberat 200gram di mulutnya pada 11 Jun lalu di London. - K! ONLINE