Ahmad Safiuddin, 24, berkongsi berita gembira itu di laman Facebook peribadinya, semalam.

“Doktor di sini happy dengan perkembangan Ainul apabila Ainul semakin baik dari hari ke hari,” katanya.

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Ainul Mardhiah.

“Syukur Alhamdulillah… kami di Malaysia pun turut gembira dengan perkembangan Ainul… cepat sihat!” tulis Alisya Ieda.

“Semoga Ainul diberi kesembuhan yang tiada lagi sakit selepasnya…Moga cepat boleh pulang ke rumah. Amin.. Amin..,” tulis Baiti Jannati JaslinJasmin.

“Alhamdullilah… Baby Ainul memang Extraordinary kuat. Semoga Baby Ainul sentiasa di bawah Lindungan Yang Maha Esa… Aamiin,” tulis Zahriah Mohd Shariff.

“Syukur alhamdulillah.. Cepat balik Malaysia ye Ainul sayang.. Semua rindu Ainul.. InsyaAllah.. Ainul sentiasa sihat,” tulis Siti Hajar Ahmad Kamel.

Sebelum ini, kes Ainul Mardhiah mendapat liputan meluas media tempatan telah mendapat perhatian Dr Nur Amalina, doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di Hospital United Kingdom.

Dr. Amalina seterusnya menyatakan hasrat untuk membantu proses rawatan Ainul Mardhiah serta cuba menghubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang yang berkaitan dengan masalah dihadapi bayi berkenaan.

Ainul Mardhiah dan kedua-dua ibu bapanya telah berlepas ke London bagi menjalankan pemeriksaan dan rawatan sejak Mei lepas. - Bernama