Beliau berkata, secara lazimnya, Pengerusi PAC akan dilantik dari kalangan parti pemerintah manakala timbalannya pula dari parti pembangkang.

"Saya akan mengadakan rundingan dengan rakan-rakan di dalam UMNO dan Barisan Nasional serta PAS yang turut berada dalam blok pembangkang.

"Kebiasaannya, seramai empat orang akan dilantik ke PAC dan oleh kerana saya hanya membaca laporan media dan tidak menerima tawaran rasmi, saya akan mengambil tindakan setelah tatacara mengikut kelaziman amalan Parlimen telah diterima," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini. - K! ONLINE