Ahmad Zahid dipercayai hadir memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk hadir bagi memberikan keterangan kepada SPRM untuk kali kelima.

Ahmad Zahid yang memakai baju berwarna putih tiba di ibu pejabat SPRM di sini dengan menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih pada pukul 9.18 pagi.

Beliau kemudian dibenarkan keluar untuk menunaikan solat Jumaat dan makam tengah pada pukul 12.23 tengah hari dan kembali semula menyambung keterangan pada pukul 3.08 minit petang.

Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, beliau telah menjelaskan sebanyak tujuh perkara dalam sesi rakaman keterangan selama tiga hari ini.

"Ini hari terakhir saya memberi keterangan selepas tiga hari secara terperinci bagi menjawab tujuh perkara untuk siasatan SPRM," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid juga merakam ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan kepimpinan UMNO dan media kerana setia menanti beliau selama tiga hari ini.

Semalam dan kelmarin, Ahmad Zahid telah dipanggil memberi keterangan masing-masing selama lapan dan sembilan jam selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu. - K! ONLINE