Ahmad Zahid ketika ditemui berkata: 

"Sesi memberi keterangan akan berhenti sebentar untuk saya menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari," katanya ketika ditemui pada pukul 12.23 tengah hari.

Ketika ditanya mengenai keterangan, Ahmad Zahid berkata beliau harap sesi tersebut selesai hari ini.

"Saya harap selesai hari ini," katanya.

Terdahulu beliau dipanggil pagi ini hadir sekali lagi bagi memberikan keterangan kepada untuk kali kelima.

Ahmad Zahid yang memakai baju berwarna putih tiba di ibu pejabat SPRM di sini dengan menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih pada pukul 9.18 pagi.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut dipercayai memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.

Semalam dan kelmarin, Ahmad Zahid telah dipanggil memberi keterangan masing-masing selama lapan dan sembilan jam selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu. - K!ONLINE