Menurut sumber, beliau dipercayai tiba di SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran Ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih belum dapat dipastikan.

Akhbar Kosmo! Sabtu lalu melaporkan, Timbalan Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan Ahmad Zahid telah hadir memberi keterangan berhubung isu land swap membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke ibu pejabat SPRM semalam untuk memberi keterangan berhubung isu land swap di Paloh dekat Sembrong, Johor selama tujuh jam.

Bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan seorang menteri kanan akan didakwa ke mahkamah dalam masa terdekat atas dakwaan menerima sogokan dari sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) atas talian termasuk eNTRI dan eVISA. - K! ONLINE