Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata, perkara itu diketahuinya sebentar tadi dan beliau berkeyakinan hampir pasti akaun UMNO negeri Johor turut dibekukan SPRM.

Beliau mendakwa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pertubuhan parti itu.

"Tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden UMNO, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan rakan-rakan Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM.

"Tiada jaminan mantan Menteri Besar Johor tidak disiasat SPRM kerana kita bukan lagi kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini. - Bernama