Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya telah mendapat izin mendakwa, daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Ahmad Zahid. 

Menurut SPRM, Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan. 

"Ahmad Zahid ditahan kira-kira 10 pagi semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online melaporkan Ahmad Zahid hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya itu. 

Beliau tiba pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire dan meninggalkan bangunan itu selepas tiga jam memberi keterangan. - K! ONLINE