Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Ahmad Hasbullah dan Zulkiple disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Ahmad Hasbullah, 57, pernah memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2009 sebelum dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2011. 

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981. - Bernama