Bagaimanapun, tertuduh, Wong Zing Haw, 48, mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ismawi Salleh.

Namun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh selepas itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa di antara 25 Februari pada pukul 9.30 pagi dan 3 Mac lalu pada pukul 4.30 petang di Blok 3, Simanggang Town Land District telah melakukan pembunuhan hingga mengakibatkan kematian isterinya yang merupakan seorang warga China, Yang Xi, 31.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah sama kemudian menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE