Baginda tiba pada jam 8.30 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Yang turut hadir Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang lain.

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar daerah Kuantan menunaikan solat sunat Aidiladha diimamkan Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Mohd Khalil Mohd Zari, diikuti khutbah disampaikan Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Badli Shah Alauddin. - K! ONLINE