Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid itu kira-kira pukul 8.20 pagi.

Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat.

Sultan Abdullah dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimam dan dikhatibkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, baginda beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda. Sultan Abdullah kemudian berkenan berangkat ke majlis ramah mesra dan santapan raya bersama para jemaah Kabinet di Istana Negara. - K! ONLINE