Baginda tiba di perkarangan masjid negeri itu kira-kira pukul 1 tengah hari dan disambut oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut menunaikan solat Jumaat bersama Seri Paduka dan Sultan Sharafuddin ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama adalah Menteri Besar Selangor  Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Solat Jumaat yang dihadiri ribuan jemaah itu diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya. 
 
Muhammad Farhan turut menjadi khatib dan menyampaikan khutbah solat Jumaat bertajuk 'Raja Berdaulat Sejahtera Rakyat'.

Beliau berkhutbah bahawa Seri Paduka merupakan tonggak utama memayungi rakyat disebabkan itu seluruh masyarakat perlu taat dan setia kepada kepimpinan negara selama mana pemerintah mematuhi perintah Allah.

Selesai menunaikan solat Jumaat, Seri Paduka dan Sultan Sharafuddin berkenan bersalaman dengan para jemaah. - Bernama