"Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan baginda bersedia untuk memberi pengampunan segera kepada Datuk Seri Anwar, jadi kami akan menyiapkan proses dokumen.

"Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan.

"Jadi selepas itu, beliau bebas untuk menyertai politik," kata Dr Mahathir dalam sidang media di sini.

Menjawab soalan lain, beliau berkata untuk menyertai barisan Kabinet, Anwar perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu, jadi proses ini akan mengambil masa yang panjang".

"Sama ada Anwar akan segera menyertai Kabinet atau tidak akan diputuskan bila tiba masanya," kata Dr Mahathir.

Memohon pembebasan dan pengampunan bagi Anwar adalah satu daripada janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat  bekas pembantu peribadinya. - Bernama