Keberangkatan tiba baginda pada pukul 10.42 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari bermula hari ini hingga 5 April sementara Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April depan.

Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan. - K! ONLINE