"Selamat Vaisakhi kepada semua rakan Punjabi. Kami ucapkan permulaan tahun ini dengan kegembiraan dan kemakmuran," titah Seri Paduka berdua dalam posting pada akaun Instagram Istana Negara. 

Kepada mereka yang menyambut Tahun Baharu Tamil, pasangan diraja itu bertitah: "Diucapkan kepada semua rakan Tamil tahun yang penuh kegembiraan dan kemakmuran. Selamat Tahun Baharu!." 

Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh Punjabi.

Sementara Tahun Baharu Tamil adalah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil. - Bernama