Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S. A. Vigneswaran, barisan jemaah menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetamu jemputan serta dif kehormat. - Bernama