Darjah kebesaran itu dipersembahkan oleh Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam satu istiadat di Istana Negara hari ini.

Dalam majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas 1 (D.K.1) kepada Sultan Sallehuddin.
Turut berangkat pada majlis tersebut Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

Istiadat disaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Bernama