Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yemen, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Jepun, Filipina, India dan Brunei. - Bernama