Mengiringi Seri Paduka ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri D.r Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Kira-kira 1,000 anggota pasukan keselamatan menghadiri majlis yang diadakan bagi mengenang jasa perwira negara yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Esok, Sultan Muhammad V dijadual berangkat menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya. - Bernama