Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis itu pada pukul 7 malam ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis majlis bacaan Yasin, solat hajat dan tahlil itu dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul  Aziz Che Yacob yang dimulakan dengan solat Maghrib diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan solat Isyak.

Turut berangkat sama dalam majlis itu ialah kerabat-kerabat diraja Pahang termasuk Sultanah Hajah Kalsom.

Kira-kira 250 jemaah lain turut hadir ke majlis berkenaan termasuk pelajar sekolah tahfiz Pondok Moden al-Abaqirah, Gombak. - Bernama