Seri Paduka yang diiringi Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum berkenan menyampaikan zakat kepada 1,439 asnaf.

Turut berangkat hadir ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad juga menghadiri majlis itu.

Yang di-Pertuan Agong juga dijadual mengikuti Qiamullail bersama-sama para jemaah bermula 3.30 pagi ini Masjid Al-Sultan Ismail Petra.

Program tahunan itu akan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan. - Bernama