Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.

Mangsa kemalangan yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.

Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara. - K! ONLINE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan. Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Posted • @istana_negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Putrajaya. Alhamdulillah pemandu kereta terbabit, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius. Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku.

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on