Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji TH musim 1439H, Mat Admara Alang Azizzdin berkata, agensi-agensi ini akan sentiasa dipantau oleh pihak TH berhubung dengan perkhidmatan mereka kepada jemaah sepanjang berada di tanah suci.

"Di Madinah, kita mempunyai empat pemantau, manakala di Makkah kita mempunyai sembilan pemantau, termasuk dua Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) TH yang akan memantau ceramah haji yang dijalankan oleh agensi ini.

"Kita tidak mahu wakil penceramah dari agensi yang dilantik ini memberi ceramah yang keluar dari konteks atau hukum yang telah diputuskan oleh TH semasa muzakarah haji di Malaysia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dahulu, TH mempunyai lebih 30 buah syarikat yang mendapat lesen untuk melaksanakan pakej haji di tanah suci, namun selepas pemantauan demi pemantauan yang dilakukan, syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan yang serius tidak disambung lesen mereka. - Bernama